Tutup

Dewan Tun Razak PWTC terbakar sewaktu pameran MATTA

Dewan Tun Razak PWTC terbakar sewaktu pameran MATTA
Kejadian dilaporkan berlaku seiring hari terakhir Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair). - Foto Ihsan Pembaca
KUALA LUMPUR: Satu kejadian kebakaran dilaporkan berlaku di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini tengah hari tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku seiring hari terakhir Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair).

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.26 petang tadi.

Sejumlah 30 anggota digerakkan ke lokasi kejadian melibatkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul, Titiwangsa dan Hang Tuah.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati benar berlaku kebakaran dan asap tebal keluar dari bangunan tersebut.

Kebakaran melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat 1. - Foto JBPM KL

"Kebakaran melibatkan barang-barang yang disimpan di bawah ruangan tangga di tingkat 1. Keluasan kebakaran dianggarkan 10 kali 10 kaki persegi dan terbakar 10 peratus," memetik kenyataan tersebut.
Kebakaran dapat dikawal 1.52 petang dan api padam sepenuhnya pada pukul 1.59 petang.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.26 petang tadi.  - Foto Ihsan Pembaca


Tag: PWTC, Dewan Tun Razak, kebakaran, pelancongan, operasi, MATTA Fair



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.