Tanda tanya ke mana perginya kapsul masa yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed di bangunan The Mall Kuala Lumpur pada tahun 1987 mula tersebar.
Pada 12 Jun 1987, sewaktu merasmikan bangunan pusat membeli-belah tersebut, beliau telah menanam sebuah kapsul masa yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087 iaitu 100 tahun akan datang.
Kapsul itu memuatkan coretan serta pesanan mantan perdana menteri itu buat generasi akan datang.
Namun, pusat beli-belah itu tidak bertahan selama yang diharapkan. Selepas 26 tahun beroperasi, The Mall berpindah milik kepada kumpulan syarikat Sunway Berhad berkuatkuasa 1 Mei 2013.
Kerja-kerja menaik taraf bangunan mula dijalankan sejurus termeterai perpindahan milik tersebut.
Pada 28 Mei 2015, Sunway Putra Mall mula diperkenalkan kepada orang ramai.
Hampir tiga dekad berlalu, mungkin ramai yang sudah melupakan kapsul masa tersebut serta persoalan apakah mesej yang terkandung di dalamnya.
Menurut jurucakap pengurusan Sunway Putra Mall, kapsul itu kini selamat tersimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan tersebut, lapor portal Berita Daily.
“Kami sedar ia adalah sebahagian daripada sejarah The Mall selain kini bergelar barangan bersejarah. Banyak pihak termasuklah diri saya masih teruja semasa ia mula-mula ditanam dahulu. Pihak kami akan menjaga dan terus memelihara kapsul itu,” ujar jurucakap kumpulan berkenaan.
Daripada perspektif undang-undang dan teknikal, kapsul masa itu kini menjadi hak milik Sunway Putra Mall.
Jurucakap itu turut menambah, pengurusan Sunway Putra Mall tidak mempunyai perancangan untuk mendedahkan kapsul masa itu mahupun kandungannya kepada awam buat masa ini.
Namun begitu, pihak pengurusan memberi jaminan bahawa mesej Tun Mahathir akan tetap disampaikan kepada generasi akan datang menjelang tahun 2087.
Permintaan portal berita itu untuk merakamkan gambar kapsul masa tersebut dan mengetahui lokasinya turut ditolak pihak pengurusan.
Khabarnya terdapat tiga kapsul masa yang ditanam para pemimpin negara 28 tahun dahulu. Selain kapsul masa Tun Mahathir, dua yang lainnya dimuatkan mesej oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (pada ketika itu Menteri Pendidikan Malaysia) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan).
Kedua-duanya ditanam sekitar Bursa Malaysia.
Mahathir juga telah menanam satu lagi kapsul masa di dasar Monumen Millenium di Putrajaya semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.
Mesej di dalam kapsul masa itu akan didedahkan kepada umum pada tahun 2020.
Astro Awani
Wed Jun 17 2015
Lokasi dan kandungan kapsul masa yang ditanam oleh Tun Mahathir pada tahun 1987 kini menjadi tanda tanya.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
2020 menghampiri penghujung, apa jadi pada kapsul masa ditanam Tun M?
Tahukah anda ada beberapa kapsul masa sepatutnya dibuka pada tahun ini, ada yang ditanam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?
Buka kapsul masa Wawasan 2020, sampaikan amanat kepada rakyat - Rahim
Kapsul masa Wawasan 2020 yang pernah ditanam Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri keempat di Melaka hendaklah dibuka dan amanat tersebut perlu dibacakan kepada generasi hari ini.
Satu kapsul Tun M sepatutnya dibuka pada 31 Mei 2018 tapi apa mesejnya?
Penantian orang ramai yang ingin tahu apakah mesej yang terkandung dalam kapsul tersebut masih belum terjawab.
Di manakah kapsul masa yang ditanam Tun Mahathir di The Mall pada 1987?
Lokasi dan kandungan kapsul masa yang ditanam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1987 kini menjadi tanda tanya.