awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Dia bukan wakil rakyat" - Tun M jawab TMJ

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/03/2019
06:48 MYT
"Dia bukan wakil rakyat" - Tun M jawab TMJ
Dr. Mahathir Mohamad sifatkan kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersifat peribadi. - Gambar Astro AWANI
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan yang dibuat Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hanya bersifat peribadi.
"Dia bukan wakil rakyat. Dia bercakap untuk diri dia sahaja,” katanya kepada media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-14 di sini pada Isnin.
Kenyataan ringkas beliau itu sebagai reaksi kepada kenyataan Tunku Ismail yang mempersoalkan kewajaran penyertaan Malaysia dalam Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.
Tunku Ismail dalam laman Facebook milik beliau semalam menyifatkan, penyertaan Malaysia dalam Statut Rom dibuat secara terburu-buru tanpa pertimbangan menyeluruh dengan mengambil kira implikasi undang undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.
“Artikel 27 Statut Rom memperuntukkan bahawa kekebalan atau peraturan-peraturan khas yang terpakai bagi seseorang semasa menyandang jawatan rasminya di bawah undang-undang domestik atau antarabangsa tidak boleh menghalang Mahkamah Jenayah Antarabangsa daripada melaksanakan bidang kuasanya ke atas orang sedemikian," memetik kenyataan Tunku Ismail semalam.
Katanya, artikel tersebut merupakan salah satu aspek penting kerana ia menyentuh isu kekebalan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu di bawah Perkara 32 (1), Perkara 181(2), Perkara 182 dan Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Dia bukan wakil rakyat - Tun M jawab kenyataan TMJ
#Mahathir Mohamad
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#Perdana Menteri
#Raja-raja Melayu
#statut rome
#TMJ
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan