Tutup

Dialog TN50 dan SDG2030 seru masyarakat hidup secara lestari

Dialog TN50 dan SDG2030 seru masyarakat hidup secara lestari
Datuk Seri Dr Zaini Ujang sedang memperkenalkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kepada siswa-siswi yang hadir - Foto AWANI Rangers USM
GELUGOR: Masyarakat diseru supaya hidup secara lestari.

Itu antara intipati Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Matlamat Pembangunan Lestari 2030 (SDG2030) berlangsung pada 8 Mac 2018 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia (USM).
Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Zaini Ujang sebagai jemputan terhormat dalam sesi dialog tersebut menekankan masyarakat perlu mencapai tiga komponen penting untuk sebuah kehidupan yang lestari iaitu permintaan, bekalan dan kewangan yang lestari.

"Banyak projek yang berjalan di negara Malaysia disebabkan adanya kewangan yang lestari.
"Malaysia juga mempunyai tarif elektrik tiga kali ganda lebih rendah berbanding negara Indonesia," tambahnya lagi.

Menurut Yasmi Che Hanah, program tersebut memberi kesedaran tentang pentingnya mengamalkan hidup secara lebih lestari.

"Jika semua bertanggungjawab menjaga dan mampu menerapkan prinsip hidup secara lestari, secara tidak langsung pembangunan terhadap alam sekitar juga dapat dicapai", kata Yasmi.



* Laporan disediakan Mohamad Azwan Mahmud Safbri, AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia.

** Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

*** AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia.