awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dibelasah, motor dibakar abang gadis yang dikenali melalui WeChat

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2017
13:02 MYT
Dibelasah, motor dibakar abang gadis yang dikenali melalui WeChat
Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Gara-gara mengenali seorang gadis melalui aplikasi 'WeChat', seorang lelaki dibelasah sehingga mengalami kecederaan di tengkuk, manakala motosikalnya dibakar.
Kejadian berlaku jam 11 malam Khamis selepas lelaki berkenaan pergi ke rumah gadis itu bagi menjemputnya dan berjumpa anggota keluarganya di Taman Angsana, Pokok Sena, Kedah.
Sebaik mangsa tiba di rumah gadis terbabit, abang gadis itu menerpa keluar dan memarahi mangsa.
Namun, sebaik sahaja mangsa bertanya mengapa dia dimarahi, abang gadis berkenaan didakwa bertindak membelasahnya sehingga mengalami kecederaan di tengkuk.
Lelaki itu kemudian dikatakan telah menendang motosikal mangsa, sebelum membuka tangki minyak dan membakarnya.
Pada masa sama, mangsa kemudian melarikan diri dan telah meminta bantuan daripada jiran yang kebetulan berada di hadapan rumahnya.
Mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.
Topic Berkaitan
#ACP Mohd Rozi Jidin
#Ketua Polis Daerah Kota Setar
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan