awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
Putin larang keputusan mahkamah asing, luaskan bidang kuasa mahkamah tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Digelar anti-Yahudi: Dr Mahathir 'diserang' di Columbia University

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
25/09/2019
21:39 MYT
Digelar anti-Yahudi: Dr Mahathir 'diserang' di Columbia University
Dr Mahathir menjawab soalan pelajar universiti pada sesi soal jawab seiring Forum Pemimpin Dunia di Columbia University, 25 Sept, 2019. Foto PMO/Nurhilmy Basiron
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa menjadi hak mana-mana individu untuk bersuara tentang sesuatu perkara, termasuk bersifat anti-Yahudi.
Tegasnya, apabila wujud pihak yang menghalang seseorang itu untuk bersifat anti-Yahudi, ia sekali gus menyekat kebebasan bersuara.
“Saya mengamalkan kebebasan bersuara. Kenapa saya tidak boleh berkata sesuatu yang menentang Yahudi, sedangkan apabila ramai yang bercakap buruk tentang saya, tentang Malaysia, saya tidak protes, tidak demonstrasi.
“Jadi, kita perlu mendengar pandangan yang bertentangan dengan kita kerana ia adalah kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara adalah hak bersuara.
"Bila anda kata saya tidak boleh anti-Yahudi, jelas tiada kebebasan bersuara,” katanya pada sesi soal jawab seiring Forum Pemimpin Dunia yang berlangsung di Columbia University pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada anggota penyokong Komuniti Israel yang menyifatkan Dr Mahathir berbangga digelar sebagai seorang anti-Yahudi.
Penuntut Columbia University itu turut meminta beliau mengulas berkenaan tragedi Holocaust yang didakwa menyebabkan kematian lebih enam juta penganut Yahudi, namun dinafikan Dr Mahathir dalam satu temu bual bersama media antarabangsa sebelum ini.
“Anda perlu ingat, seorang wartawan pernah dipenjara tiga bulan kerana mempersoal jumlah kematian tragedi Holocaust. Saya tidak mempersoalnya. Saya cuma kata ‘siapa yang menentukan angka ini?’
“Jika seseorang yang menyokong, anda dapat satu angka (kematian), tapi apabila seseorang yang menentangnya, anda dapat angka yang lebih besar. Saya akui Holocaust berlaku dan ramai Yahudi yang mati.
“Malah, pada satu masa saya simpati dengan mereka ketika peperangan berlaku, yang ketika itu anda tidak ada lagi, tetapi saya ada pada ketika itu,” katanya.
Selepas Columbia University mengumumkan bahawa salah seorang tetamu yang dijemput adalah Dr Mahathir, beberapa kelompok pro-Israel dan pro-Yahudi membantah tindakan itu dengan menyifatkan beliau tidak layak berucap di institusi pendidikan terkemuka peringkat antarabangsa.
Topic Berkaitan
#anti-Yahudi
#Columbia University
#demonstrasi
#Forum Pemimpin Dunia
#holocaust
#Israel
#kebebasan bersuara
#kritik
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#Malaysia
#New York
#pelajar universiti
#pro-Israel
#pro-Yahudi
#Yahudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan