Dimana Nora Anne?: SAR guna teknologi kesan haba remaja Ireland hilang

Dimana Nora Anne?: SAR guna teknologi kesan haba remaja Ireland hilang
Selain penggunaan teknologi, pencarian juga melibatkan pakar misi pencarian dalam hutan seperti Orang Asli dan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9). - Gambar fail/BERNAMA
NILAI: Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak enam hari lalu diperhebat hari ini dengan penggunaan teknologi tinggi.

Menurut Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar, pihaknya menggunakan enam dron yang dilengkapi dengan teknologi thermal imaging bagi mengesan haba.
Malah pasukan SAR juga turut menggunakan pesawat jenis AS 355N yang mampu mengambil visual dari udara dan mampu mengesan thermal imaging.

“Pesawat dan dron ini mempunyai teknologi mengesan haba daripada objek dan manusia pada ketinggian 1,500 kaki pada waktu siang dan malam.

“Selain penggunaan teknologi, pencarian juga melibatkan pakar misi pencarian dalam hutan seperti  Orang Asli dan menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya kepada Astro AWANI.


Tag: Astro Awani, Nora Anne Quoirin, remaja Ireland hilang, Mohd Nor Marzukee Besar, Ketua Polis Daerah Nilai, Nilai, polis, hilang, orang asli, remaja


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.