awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dipenjara 12 bulan kerana tampar isteri

Astro Awani
Astro Awani
30/04/2019
13:28 MYT
Dipenjara 12 bulan kerana tampar isteri
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 25 tahun mengaku salah atas pertuduhan itu. - Foto Astro AWANI
Berpuasa di sebalik tirai besi, itulah yang terpaksa dilalui seorang mekanik selepas dihukum penjara selama dua belas bulan kerana menampar isterinya.
Mahkamah Majistret Kuala Terengganu menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 25 tahun mengaku salah atas pertuduhan itu.
Pertuduhan dilakukan majistret Abdul Hayyi Salim mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Aina Diana Mat Yaman, 32 tahun.
Perbuatan itu dilakukan pada 17 April lalu dalam satu pertengkaran antara pasangan terbabit di sebuah rumah di Kampung Alor Atas Tol kira-kira jam 9 malam.
Tertuduh menampar isterinya setelah mangsa mempersoalkan tindakan tertuduh memukul anak tirinya.
Sementara itu di mahkamah majistret berasingan, tertuduh turut mengaku bersalah memukul anak tirinya yang berusia 8 tahun.
Sejurus pengakuan bersalah direkodkan, majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan 13 Mei depan sebagai tarikh hukuman.
Bagaimanapun tiada sebarang jaminan ditawarkan.
Topic Berkaitan
#Kampung Alor Atas Tol
#Mahkamah Majistret Kuala Terengganu
#Mohd Hafiz Mohamad
#Nur Aina Diana Mat Yaman
#penjara dua belas bulan
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
#tampar isteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan