Tutup

Dipenjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri

Dipenjara 15 tahun, 10 sebatan rogol anak tiri
Tertuduh yang berusia 37 tahun telah merogol anak tirinya yang ketika itu berumur 12 tahun di Guchil Lama, daerah Kuala Krai, pada April 2016 jam 4 petang. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini kerana merogol anak tirinya 4 tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berusia 37 tahun telah merogol anak tirinya yang ketika itu berumur 12 tahun di Guchil Lama, daerah Kuala Krai, pada April 2016 jam 4 petang.
Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan dikenakan tidak kurang dari 10 sebatan.

Tertuduh yang diwakili peguam Zuhaidie Akmal Hasan Basri memohon hukuman ringan kerana kesalahan itu merupakan kesalahan kali pertama tertuduh selain memohon mahkmamah mengambil kira anak tertuduh yang kini berada di hospital kerana sakit.
Bagaimanapun, timbalan pendakwaraya,Mohamad Nuzul Azuar Zulkifli, memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara yang berat kerana kesalahan yang dilakukan serius kerana faktor hubungan kekeluargaan yang dekat sebagai ayah tiri tertuduh.

Mahkamah menetapkan tertuduh menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap 24 Jun 2018.





Tag: rogol anak tiri, Mahkamah Sesyen Kota Bharu, lelaki warga Indonesia, hukuman penjara 15 tahun, Guchil Lama, Seksyen 376 3 Kanun Keseksaan


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.