Dipercayai liwat 5 pelajar, guru di Sarawak ditahan

Dipercayai liwat 5 pelajar, guru di Sarawak ditahan
Suspek (tengah) ketika diiringi polis di hadapan Balai Polis Karamunsing pada Sabtu. - Ihsan PDRM
LAWAS: Polis telah menahan seorang guru yang mengajar di pedalaman Long Semadoh di Lawas, Sarawak pada Sabtu selepas disyaki meliwat dan mencabul lima pelajarnya.

Sumber polis memberitahu, guru terbabit yang berusia 31 tahun ditahan di Balai Polis Karamunsing, Sabah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Lawas untuk mendapatkan perintah reman hari ini.
Suspek dikatakan meliwat dan mencabul lima pelajar yang berusia antara 13 hingga 15 tahun, dengan dua daripadanya sejak tiga tahun lepas.

Guru yang berasal dari Kulai, Johor itu mula mengajar di sekolah berkenaan sejak Januari 2012.

Kes terbongkar apabila salah seorang mangsa mendedahkan perbuatan terkutuk guru terbabit kepada guru kaunseling sekolah berkenaan, setelah dia dikesan berhadapan gangguan emosi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana kesalahan perlakuan seks luar tabii.

Tag: guru liwat, Long Semadoh, Sarawak


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.