awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Mengapa virus HIV sukar dihapuskan?
Bad Cop: Permulaan era drama Malaysia yang lebih berani - “Kita sentiasa berusaha memperkenalkan…”
Ketibaan penumpang di KL Sentral disambut meriah dengan tarian kebudayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Disangka besi, rupanya bom mortar lama

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
27/12/2019
02:15 MYT
Disangka besi, rupanya bom mortar lama
Bom mortar yang ditemui didapati masih aktif. - Foto PDRM
Seorang pekerja syarikat pembersihan terkejut apabila menemui objek yang pada mulanya disangkakan besi, tetapi sebenarnya bom lama jenis mortar, di tapak pembinaan Jalan Metro-Sri Wang dekat sini, pada Khamis.
Susulan itu, lelaki terbabit segera menghubungi Balai Polis Sungai Petani untuk memaklumkan berkaitan penemuan objek terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Supt Shamsudin Mamat berkata, sebaik menerima laporan, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda telah diarah ke lokasi penemuan.
Bom jenis mortar 81 milimeter itu, sepanjang 59 sentimeter (cm) dengan ukur lilit 35cm, disaluti tanah dan lumpur, ditemui dalam keadaan berkarat.
Ia didapati masih aktif.
Bom terbabit kemudiannya dialihkan dan akan dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom hari ini.
Topic Berkaitan
#bom
#kuala muda
#mortar
#Sungai Petani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan