Pelaksanaan disinfeksi yang kerap, serta langkah-langkah pencegahan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berterusan di premis perniagaan, mampu memulihkan keyakinan orang ramai untuk berbelanja, sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara secara keseluruhannya.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata kerajaan mahu supaya tempat-tempat perniagaan dijaga untuk memulihkan keyakinan orang ramai, kerana ia melibatkan soal penting yang berkaitan dengan keyakinan.
"Apabila orang takut - dia akan skeptikal, masih tidak mahu datang ke tempat awam atau tidak mahu makan di restoran walaupun kita dah buka restoran. Kita mahu orang ramai kembali kepada aktiviti harian, peniaga kembali semula berniaga, pelancong boleh datang semula dengan penuh yakin dan selamat daripada ancaman COVID-19," katanya kepada media ketika Sesi Walkabout ke Jalan Alor di sini, hari ini.
"Kita masih dalam Perintah Kawalah Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadi dalam proses ini kita mahu menggalakkan permintaan domestik - perniagaan dan kedatangan pelanggan perlu dipulihkan supaya kemudian nanti bila sempadan dibuka, kedatangan pelancong juga dipulihkan," tambahnya.
Pada acara itu juga, Persatuan Peniaga dan Penjaja Jalan Alor Kuala Lumpur telah melancarkan Kempen Pemulihan Industri Pelancongan Bukit Bintang 'JOM BB' untuk membantu peniaga di sekitar, dalam memulihkan peniagaan mereka yang terkesan akibat COVID-19.
Program itu turut mendapat sokongan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 11 2020
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa melihat anggota Bomba membuat sanitasi ketika lawatan di sekitar Jalan Alor. - BERNAMA
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Risiko menggunakan 'spray gun' di rumah
Ada risiko keselamatan yang ibu bapa perlu tahu apabila guna alat ini. Ikuti perkongsian Dr Izzar Anwari.
COVID-19: China laksana proses disinfeksi besar-besaran
Proses disinfeksi secara besar-besaran dilakukan di bandar Zhengzhou yang terletak di wilayah China sebagai langkah membendung COVID-19.
Wisma Persekutuan Melaka ditutup untuk sanitasi, saringan COVID-19
Wisma Persekutuan yang turut menempatkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, merekodkan 28 kes positif COVID-19 setakat 30 Jun.
Tiada bukti sanitasi awam mencegah COVID-19 - Pakar kesihatan awam
Menurut pakar kesihatan awam Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Malina Osman, rutin sanitasi awam hanya perlu dilakukan berdasarkan risiko di sesuatu kawasan.
COVID-19: SK Haji Hasan, Tapah Road diarah tutup
Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi oleh pihak Kementerian Kesihatan dilakukan.
COVID-19: 21 Sekolah Agama Rakyat, tujuh tadika Islam di Perak ditutup sementara
Kesemua sekolah dan tadika itu ditutup mulai 14 hingga 25 Oktober ini.
Satu lagi sekolah ditutup di Perak kerana jangkitan COVID-19
Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata sekolah itu akan dibuka semula pada 27 Okt ini.
Disinfeksi berterusan boleh tingkat keyakinan orang ramai berbelanja - Annuar
Pelaksanaan disinfeksi yang kerap, serta langkah-langkah pencegahan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berterusan di premis perniagaan, mampu memulihkan keyakinan orang ramai.
Tabika, taska Kemas jalani disinfeksi, amal kedatangan bergilir
SOP tabika dan taska Kemas kini menetapkan sistem kedatangan secara bergilir iaitu hanya 50 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang hadir dalam sehari.
Proses disinfeksi di pasar berbangunan DBKL pada 18 hingga 21 Mei
Kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 akan terus dijalankan di semua pasar berbangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).