Sebanyak 3,398 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Semenanjung Malaysia akan menerima diskaun 20 peratus bil elektrik mulai November in hingga Disember tahun depan.
Timbalan Menteri Permbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Hannah Yeoh, berkata, inisiatif tersebut adalah hasil konsultansi dan advokasi kementeriannya dengan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Beliau berkata inisiatif tersebut bertujuan membantu pengusaha atau pemilik mengurangkan kos pengoperasian taska serta meningkatkan program pendaftaran taska dengan JKM bagi tujuan pemantauan dan keselamatan kanak-kanak.
Menurutnya, terdapat 4,744 taska yang berdaftar dengan JKM sehingga Ogos tahun ini dan daripada jumlah itu, 3,398 taska adalah di Semenanjung Malaysia.
"Kami menganggarkan sebanyak 374 taska baru akan berdaftar dengan JKM pada tahun hadapan," katanya pada sidang media sempena Program Galakan Pendaftaran Taska dengan JKM, yang turut dihadiri Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, di sini, pada Khamis.
Yeoh berkata kerajaan juga sedang meneliti untuk mengadakan perbincangan dengan Sarawak Energy Bhd (SEB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) agar inisiatif pemberian diskaun sedemikian turut dinikmati pengusaha dan pemilik taska di Sarawak dan Sabah.
Sementara itu, Yeo berkata pemberian diskaun 20 peratus bil elektrik itu adalah hasil penjimatan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) yang dilaksanakan oleh TNB di Semenanjung Malaysia.
Ditanya adakah inisiatif itu akan diteruskan selepas 31 Dis 2020, Yeo berkata: "Kami akan melihat selepas itu. Kita perlu galakkan pendaftaran (taska dengan JKM), kalau tidak letak tempoh masa maka akan melengah-lengah lagi. Jadi daftar secepat mungkin untuk nikmati rebet ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 26 2019
Pemberian diskaun 20 peratus bil elektrik itu adalah hasil penjimatan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) yang dilaksanakan oleh TNB di Semenanjung Malaysia. - Foto: www.tnb.com.my
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Penggunaan elektrik sehingga 600 kWj, bil air tidak dikenakan cukai perkhidmatan - Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Lebih 80 peratus pengguna domestik yang penggunaan elektrik bulanannya sebanyak 600 kilowatt jam (kWj) dan ke bawah akan terus menikmati cukai perkhidmatan sifar bagi bil elektrik mereka.
B40 tarik nafas lega pengumuman ST, mahu terus jimat elektrik
Pengguna dengan bil elektrik bulanan bawah RM220 masih mendapat rebat dua sen/kwj seperti sediakala.
Teknologi solar: Perlu kerjasama perbankan dan industri mudahkan rakyat guna solar
Pihak perbankan dan pemain industri solar dicadangkan menjalinkan kerjasama bagi memudahkan rakyat mendapatkan teknologi solar di negara ini.
Cuaca panas, bil elektrik naik berganda
Bil elektrik meningkat kerana penggunaan kipas dan penyaman udara yang lebih kerap berbanding sebelum ini bagi meredakan bahang panas.
Kerajaan komited laksanakan subsidi secara bersasar - Kementerian Kewangan
Kerajaan komited dalam melaksanakan pemberian subsidi secara bersasar bagi mengurangkan ketirisan, menurut Kementerian Kewangan.
Curi identiti: TNB cari penyelesaian terbaik, kes sudah difailkan di mahkamah
Kes berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, yang menetapkan 26 Julai 2022 sebagai tarikh pengurusan kes.
Jurutera bingung maklumat peribadi disalah guna buat akaun TNB
Pemilik premis menghantar surat saman kepadanya meminta dia melangsaikan hutang keseluruhan berjumlah RM379,850 sekiranya tidak mahu tindakan undang-undang diambil ke atasnya.
Tarif asas elektrik bagi pengguna di Semenanjung kekal
Jumlah keseluruhan peruntukan pemberian rebat dan kos surcaj ICPT yang ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.
Rebat 100% bil elektrik manfaatkan 72,000 pengguna yang terjejas banjir - TNB
Baharin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan dan pertimbangan Perdana Menteri.
Banjir: Rebat 100 peratus 'one-off' bil elektrik bulan Disember
Rebat 100 peratus secara sekali beri atau one-off bagi bil elektrik bulan Disember diberikan kepada pengguna domestik bagi meringankan beban mangsa banjir.