awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Diskaun tol di Lebuhraya Besraya, NPE, LEKAS

Bernama
Bernama
01/02/2019
22:23 MYT
Diskaun tol di Lebuhraya Besraya, NPE, LEKAS
Pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada Selasa ini. - Bernama
Pihak Pengurusan Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus untuk kenderaan kelas satu di tiga lebuh raya kendalian syarikat konsensi itu bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, 5 Feb ini.
Diskaun tol tersebut melibatkan Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan 10 peratus diskaun di Plaza Tol Ampangan di Lebuhraya LEKAS.
Ketua Pegawai Operasinya, Wan Salwani Wan Yusoff berkata pemberian diskaun berkenaan akan berkuat kuasa bermula jam 12 tengah malam hingga 11.59 malam pada Selasa ini.
"Pemberian diskaun ini adalah sebagai inisiatif tanggungjawab korporat sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi pengguna lebuh raya yang ingin mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Bagi pengguna yang ingin menuju ke selatan disaran menggunakan Lebuhraya LEKAS sementara ke pantai timur pula boleh menggunakan Lebuhraya Besraya melalui Plaza Tol Loke Yew untuk ke MRR2.
Pengguna lebuh raya juga boleh mengikuti Twitter @BESRAYAtrafik, @NPEtrafik dan @LEKAStrafik untuk merancang perjalanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Besraya
#diskaun
#LEKAS
#NPE
#Tahun Baru Cina
#tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan