awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
11/07/2019
04:24 MYT
DKN 2030 wujud ekosistem keusahawan holistik - Tun Mahathir
Dr Mahathir berucap pada pelancaran DKN 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis. - Foto Astro AWANI
Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan hari ini akan mewujudkan ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi negara yang inklusif, seimbang dan mapan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia sekali gus membentuk masyarakat Malaysia yang berpemikiran dan berbudaya keusahawanan.
Jelasnya, DKN 2030 juga akan meningkatkan bilangan usahawan yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan; berfikiran global dan kompetitif.
"Keempat, mempertingkatkan keupayaan usahawan tempatan dan industri kecil dan sederhana (PKS) dan kelima, menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian semasa berucap pada pelancaran DKN 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Khamis.
Tun Dr @chedetofficial berkata, ruang dan akses kepada ekosistem keusahawanan juga perlu diperluas. Ini termasuklah membuka peluang keusahawanan untuk B40, orang kelainan upaya, orang asli atau orang asal, wanita dan juga belia. @501Awani pic.twitter.com/MM5qUnrOIe
— Wan Syamsul Amly (@wansyamsulamly) July 11, 2019
DKN 2030 merupakan dasar pertama di negara ini yang digubal secara komprehensif dan terkhusus dalam bidang keusahawanan.
Ia merupakan dokumen strategi jangka panjang bagi menetapkan hala tuju keusahawanan negara yang menggariskan objektif, sasaran, strategi serta inisiatif pembangunan ekosistem keusahawanan merentasi semua bidang industri dan merangkumi setiap peringkat usahawan dan masyarakat.
DKN 2030 juga menjadi tonggak kepada daya saing negara dan merupakan manifestasi kesungguhan Kerajaan dalam usaha merealisasikan matlamat Kemakmuran Bersama.
Dalam pada itu jelas Dr Mahathir, enam elemen teras dikenalpasti mampu memastikan kelima-lima objektif Dasar Keusahawanan terlaksana.
Ia termasuk pembudayaan keusahawanan, penjajaran semula sistem kawal selia dan capaian kepada pembiayaan kewangan, pengukuhan pembangunan keusahawanan bersepadu dan holistik serta penumpuan kepada perusahaan berteraskan inovasi.
Selain itu, elemen lain adalah pemerkasaan prestasi perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta lonjakan perusahaan berpotensi pertumbuhan tinggi.
Topic Berkaitan
#Dasar Keusahawanan Nasional
#DKN 2030
#kerajaan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
#PKS
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan