Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah

Doakan yang terbaik - Tengku Abdullah
Tengku Abdullah mempengerusikan Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Baginda sempat meminta para wartawan yang setia menunggu di luar untuk “doakan yang terbaik.”


Turut kelihatan menghadiri majlis itu ialah ahli Jumaah Pangkuan Negeri seperti Kerabat Diraja, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan seorang daripada Orang Besar Berempat Negeri Pahang, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, beberapa ahli Orang Besar Berempat, Berlapan dan Enam Belas, serta barisan exco kerajaan negeri.


Walaupun media tidak dimaklumkan agenda mesyuarat itu, dipercayai mereka akan membincangkan perihal Tengku Abdullah untuk menggantikan Ayahandanya Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang yang baharu.



Tag: Tengku Abdullah, Najib Razak, Sultan Pahang, Menteri Besar, Mesyuarat Khas Jumaah Pangkuan Diraja


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.