awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
Polis tumpaskan aktiviti pelacuran warga Afrika di Bukit Bintang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DOJ: PDRM ambil tindakan jika ada unsur jenayah - KPN

Bernama
Bernama
25/07/2016
15:36 MYT
DOJ: PDRM ambil tindakan jika ada unsur jenayah - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ini, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil. -Gambar fail
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kes saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ini, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil.
"PDRM tidak campur tangan dalam kes sivil dan ini pendirian yang kita ambil buat masa ini.
"Tunggu dan lihat perkembangan dalam proses ini...kalau ada perkara yang boleh kita buat susulan, kita akan buat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Baru-baru ini, DOJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan.
Ditanya mengenai perhimpunan Bersih 5.0, Khalid berkata PDRM tidak membenarkan sebarang perhimpunan yang bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Polis tidak akan benarkan perhimpunan yang bercadang untuk keluar ke jalan raya dan meminta Perdana Menteri berundur," katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilantik menjadi Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman yang baharu berkuat kuasa 1 Ogos bagi menggantikan Datuk Seri Mortadza Nazarene yang bersara wajib pada tarikh sama. Tempat Acryl Sani diambil alih Datuk Rusli Ahmad, yang sebelum ini Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Bukit Aman.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Bhd
#1MDB
#dakwaan penyelewengan dana
#DoJ
#Jabatan Kehakiman
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan