Warga Bangladesh yang bakal diusir, Md Rayhan Kabir, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia susulan kenyataan yang dibuatnya dalam dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' terbitan Al Jazeera.
Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, C.R.Selva, permohonan maaf itu disampaikan Md Rayhan kepadanya dalam sesi pertemuan mereka kira-kira sejam di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), di sini hari ini.
"Semasa sesi pertemuan itu, Rayhan meminta saya untuk menyampaikan permohonan maaf beliau kepada semua rakyat Malaysia dan anggota pengkuatkuasa," katanya ketika ditemui media selepas pertemuan tersebut.
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera.
Menerusi dokumentari itu, Md Rayhan membuat kenyataan berhubung layanan pihak berkuasa Malaysia kepada pendatang tanpa izin ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras penularan COVID-19.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud pada 25 Julai dilaporkan berkata lelaki itu akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia untuk selama-lamanya.
BACA: Laporan Al Jazeera: Warga Bangladesh Md Rayhan Kabir ditahan - Bukit Aman
Selva berkata anak guamnya menyatakan bahawa kenyataannya dibuat berdasarkan apa yang dilihat iaitu ketika melihat rakannya ditahan dengan tangan bergari dan diarahkan untuk masuk ke dalam lori penguatkuasa Jabatan Imigresen.
"Beliau tidak dapat menerima apa yang dilihatnya itu dan itu merupakan pandangan peribadi beliau namun beliau tidak berniat untuk menuduh pihak berkuasa," katanya.
Selva berkata Md Rayhan juga telah menerima arahan pengusiran keluar dari negara ini susulan tindakannya itu.
"Beliau menerima keputusan pihak berkuasa untuk menghantarnya pulang dan beliau juga tidak sabar untuk berjumpa semula dengan keluarganya," katanya, sambil menambah kebajikan anak guamnya itu terpelihara dengan baik sepanjang ditahan Jabatan Imigresen.
Selva bagaimanapun berkata pihaknya masih belum menerima tarikh pengusiran Md Rayhan dan akan terus berhubung dengan Jabatan Imigresen untuk perkembangan kes itu.
Sementara itu seorang lagi peguam Md Rayhan, S.K.Sumitha berkata polis dari Ibu pejabat Bukit Aman menemuinya di Jabatan Imigresen sejurus selepas pertemuannya dengan Md Rayhan hari ini.
Menurut Sumitha, polis Bukit Aman turut mengambil keterangan beliau di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah kerana beliau juga muncul di dalam dokumentari itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 29 2020
Md Rayhan ditahan di Setapak, Kuala Lumpur pada 24 Julai, selepas Jabatan Imigresen memohon bantuan orang awam menjejaki individu berkenaan yang muncul dalam dokumentari Al Jazeera. - Youtube
Tanabalan tiba di Madinah selepas 40 hari kembara motosikal
Tanabalan selamat tiba di Madinah pada Sabtu selepas memulakan kembara pada 20 Mac lepas.
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merentasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh
Al Jazeera seru masyarakat antarabangsa turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Siaran Al Jazeera dari Gaza pada pukul 3 pagi terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan.
Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan beliau berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga menarik minat media antarabangsa.
Al Jazeera ulangi ikrar bela kematian wartawan Shireen Abu Akleh
Al Jazeera akan mencari keadilan kepada Shireen dengan mendesak melalui pelbagai cara untuk memastikan pembunuhnya diheret ke pengadilan.
Wartawan Al Jazeera maut ditembak tentera Israel
wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh merupakan seorang wartawan yang sangat dihormati.
Pejabat biro AP dan Al Jazeera di Gaza musnah dalam serangan udara Israel
Sebelum ini pemilik bangunan telah diberi amaran bahawa serangan peluru berpandu itu akan muncul menyerang premis berkenaan.
Malaysia jatuh 18 anak tangga dalam Indeks Kebebasan Media 2021 - RSF
Malaysia jatuh 18 tangga dari tempat ke-101 pada 2020 ke tempat ke-119 tahun ini.
Mesir bebaskan wartawan Al Jazeera selepas empat tahun dalam tahanan
Mahmoud Hussein ditahan pada Disember 2016 atas tuduhan menyebarkan berita palsu, menyertai kumpulan haram dan menerima dana asing.
Jho Low percaya tidak lakukan kesalahan, dakwa hanya pinjam wang 1MDB
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi 'mastermind' dalam skandal 1MDB mendedahkan dia tidak melakukan kesalahan dan hanya meminjam wang daripada 1MDB.
Dakwa hakim saudara Tun M: Polis sudah kenal pasti pemilik akaun Twitter
Individu itu akan dipanggil minggu depan bagi memberi keterangan berhubung dakwaan tersebut.