Dondang Sayang terima pengiktirafan UNESCO

Dondang Sayang terima pengiktirafan UNESCO
Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf UNESCO. - YouTube
KUALA LUMPUR: Seni dan warisan yang sinonim dengan negeri Melaka, Dondang Sayang kini diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pengiktirafan bertaraf dunia untuk khazanah negara itu adalah bagi kategori warisan kebudayaan tidak ketara (intangible cultural heritage).

"Pengiktirafan sebegini amat dingini oleh negara anggota kerana memberi kelebihan dari segi perlindungan, promosi dan peluang mengetengahkan identiti negara masing-masing.

"Ini juga dapat meningkatkan visibiliti satu-satu negara di peringkat antarabangsa yang secara tidak langsung menarik potensi kedatangan pelancong yang ingin melihat persembahan ini dengan lebih dekat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pada Isnin.
BACA: Kenapa menteri Jamaica menangis, menyanyi lagu Bob Marley dalam sidang UNESCO?

Kemasukan Dondang Sayang dalam senarai UNESCO itu diputuskan di Mauritius pada 29 Nov lalu.

Beliau berkata pengiktirafan itu dibuat di bawah 'Convention for the Safeguarding of Intangible Cultural Heritage 2003' yang telah diratifikasi oleh Malaysia.

Mohamaddin berkata kali terakhir Malaysia menerima pengiktirafan seumpama itu ialah untuk 'Mak Yong' pada 2005.

Dalam pada itu, beliau berkata Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab bersara wajib semalam setelah berkhidmat selama 36 tahun.

Tempatnya diganti Pengarah Kanan (Bahagian Promosi Antarabangsa Asia dan Afrika) Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof. -- Bernama




Tag: Unesco, dondang sayang, Mohamaddin Ketapi, khazanah negara


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.