awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Asri dilantik semula sebagai Mufti Perlis

Bernama
Bernama
03/02/2015
02:22 MYT
Dr Asri dilantik semula sebagai Mufti Perlis
Dr Asri menerima tawaran memegang jawatan itu buat kali kedua selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Prof Madya Dr Mohamad Asri Zainul Abidin telah dilantik semula sebagai Mufti Perlis bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya tahun lepas.
Mohd Asri, 44, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 Nov 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.
Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, beliau kembali menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau menerima tawaran memegang jawatan itu buat kali kedua selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Bercakap kepada pemberita selepas memulakan tugas di pejabatnya di sini hari ini, beliau berkata tawaran tersebut merupakan satu cabaran dalam kerjayanya untuk memastikan syiar agama Islam di negeri ini terus meningkat dengan berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Katanya beliau akan melakukan banyak perancangan ke arah mencambahkan ilmu agama kepada rakyat negeri ini termasuk mengadakan kelas agama di masjid sebagaimana telah diamalkannya semasa menjadi mufti sebelum ini.
Topic Berkaitan
#dilantik semula
#Dr Maza
#mohamad asri zainul abidin
#Mufti Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan