Bekas Ketua Unit Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Christopher Lee disahkan menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia yang baharu.
Perkara itu disahkan oleh Dekan Perubatan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menerusi Twitter rasminya pada Sabtu.
“Tahniah Christopher Lee kerana terpilih sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia (MAC). Anda pastinya akan membawa MAC ke tahap yang lebih baik dan lebih hebat,” jelas Dr Adeeba.
Menerusi ciapan tersebut, Lee membalas kenyataan Dr Adeeba dengan mengucapkan terima kasih dan yakin akan memikul tanggungjawab itu dengan baik.
“Terima kasih semua. Tanggungjawab yang berat tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk menyokong dan mengembangkan organisasi rakan kongsi kami.
“Kami akan terus memperjuangkan kepentingan terbaik penyokong kami. Bersama kita boleh!" sahut Dr Lee menerusi akaun Twitter rasminya.
Sebagai rekod, Dr Lee pernah menjadi barisan hadapan dalam memerangi penyakit berjangkit negara selama beberapa dekad dan cukup terkenal dengan kariernya dalam penyakit HIV / AIDS dan penyakit berjangkit lain.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada lima pakar di Kementerian Kesihatan yang merawat penyakit berjangkit termasuk HIV pada awal di mana dia menangani kes pertama virus itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Mempunyai kelulusan Universiti Malaya bagi kepakaran penyakit berjangkit, termasuk latihan di Unit Penyakit Berjangkit Daerah, Hospital Bandar di Edinburgh, Scotland.
Dr. Lee juga berperanan dalam mencari tempat di mana Hospital Sungai Buloh dibina pada hari ini.
Faris Danial Razi
Sat Aug 22 2020
Bekas Ketua Unit Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Christopher Lee disahkan menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Majlis AIDS Malaysia yang baharu. - Twitter @chriskc_Lee
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
124 kes HIV baharu di Johor - Exco
Sebanyak 313 kes HIV dilaporkan di Johor sejak Januari hingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Ling Tian Soon.
Johor catat 494 kes HIV, 244 kes AIDS sehingga minggu epid 24/2022
Johor Bahru melaporkan kes HIV baharu tertinggi iaitu 122 kes.
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
MAF, Perkeso jalin kerjasama bantu pencarum HIV/AIDS
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeson) dan Yayasan Aids Malaysia (MAF) jalin kerjasama bagi memperkasakan ODHA dalam kalangan pencarum.
Pesakit AIDS juga manusia, dekati mereka. Agenda AWANI 9 malam ini
Akhiri ketidaksamaan layanan terhadap pesakit AIDS untuk kita bersama menangani penyakit tersebut.
Usaha tangani HIV/AIDS berdepan tekanan tatkala COVID-19 berlanjutan - Prof Adeeba
Antara cabaran lain termasuk kekuatan fizikal dan mental mereka yang menggerakkan inisiatif tersebut.
Agong bangga atas pelantikan Dr Adeeba sebagai anggota Majlis Sains WHO
Pakar penyakit berjangkit negara Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman atas pelantikan menjadi anggota Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).