Dr Mahathir bertemu MB Johor

Dr Mahathir bertemu MB Johor
Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong itu dipilih menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai menteri besar Johor pada 8 April lalu. - Gambar Facebook Dr Mahathir Mohamad
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kunjungan hormat Menteri Besar Johor yang baharu dilantik, Dr Sahruddin Jamal di pejabatnya di Putrajaya pagi Khamis.

Pertemuan ini merupakan yang pertama selepas Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April yang lalu.

Dr Mahathir berkongsi gambar pertemuan dengan Dr Sahruddin itu di laman Facebook rasminya.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor yang baharu, Dr Sahruddin Jamal

Dr Sahruddin yang juga ADUN Bukit Kepong itu dipilih menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai menteri besar Johor pada 8 April lalu.

Ketika pentadbiran Osman, Dr Sahruddin merupakan exco kerajaan Johor yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri.

Dilahirkan pada 26 Mei 1975, beliau yang berusia 43 tahun adalah doktor perubatan lulusan Sarjana Perubatan dari Universiti Hasanuddin, Makassar, Indonesia.

Sebelum menceburi bidang politik, beliau membuka kliniknya sendiri iaitu Klinik Dr Sahruddin di Bukit Pasir, Pagoh.

Tag: Dr Mahathir Mohamad, Dr Sahruddin Jamal, Perdana Menteri, Menteri Besar, Johor, Bukit Kepong


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.