awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mahathir diberi sambutan negara di Pakistan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
22/03/2019
06:15 MYT
Dr Mahathir diberi sambutan negara di Pakistan
Kedua-dua pemimpin kemudian menaiki pentas disusuli lagu kebangsaan kedua-dua buah negara. - Foto PMO Pakistan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan negara oleh Kerajaan Pakistan di kediaman rasmi rakan sejawatnya, Imran Khan di sini hari ini.
Kedua-dua pemimpin kemudian menaiki pentas disusuli lagu kebangsaan kedua-dua buah negara.
Dr Mahathir kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormatan terdiri daripada tiga ketumbukan utama tentera Pakistan - darat, udara dan laut.
Selepas itu, Dr Mahathir diperkenalkan kepada barisan Kabinet Pakistan sebelum beliau menanam sebatang pokok spesis Pinus Roxburghii.
Pokok dari spesis pine itu bercirikan akar dan dahan yang keras serta tumbuh melata di perhutanan Himalaya.
Ia sekaligus melambangkan kukuhnya hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Mereka kemudian menghadiri mesyuarat dua hala serta bilateral sebelum sidang media bersama mengakhiri pertemuan tersebut. Perdana Menteri, tiba di Pakistan pukul 7.50 malam waktu tempatan pada Khamis bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari beliau ke republik Islam ini.
Topic Berkaitan
#Imran Khan
#kabinet
#Lawatan rasmi ke Pakistan
#Mahathir Mohamad
#menanam pokok
#menteri
#Pakistan
#Perdana Menteri
#Presiden Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan