Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan harapannya bahawa tahun 2020 iaitu 'Tahun Kebudayaan dan Pelancongan' antara Malaysia dan China akan mempertingkatkan hubungan dan persahabatan dengan signifikan antara kedua-dua negara tersebut.
Perdana Menteri menyatakan hubungan antara kedua-dua itu sudah berakar umbi sejak kurun ke-15 semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dan telah berkembang sejak itu.
Malah, beliau berkata, Malaysia dan China adalah negara pertama di rantau ini untuk menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar kepercayaan dan rasa hormat.
"Pada 2018, Perdana Menteri, Li Keqiang dan saya sendiri berpendapat bahawa itu adalah masa yang baik untuk meraikan hubungan rapat yang dinikmati oleh kedua-dua negara dan memberi tumpuan kepada pertukaran rakyat dengan rakyat menerusi kebudayaan dan pelancongan," katanya dalam ucapannya semasa majlis perasmian Tahun Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia-China 2020, di sini, malam tadi.
Teks ucapan Perdana Menteri dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.
Dr Mahathir berkata seperti kebudayaan kedua-dua negara itu terikat, begitu juga ekonomi mereka.
"Sebagai rekod, pada 1971, perdagangan dua hala Malaysia-China bernilai US$159 juta (RM644.32 juta) dan jumlah itu meningkat hampir 700 kali ganda kepada US$108 bilion(RM437.65 bilion) pada 2018," katanya.
Perdana Menteri juga berkata program bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2020 itu menjadikannya ia lebih bermakna sambil berkongsi dengan hadiran mengenai aspek kehidupan masyarakat berbilang kaum yang membolehkan negara ini menyaksikan kewujudan pelbagai budaya.
"Saya juga pasti tetamu kami dari China akan dapat mengaitkan dengan banyak amalan, makanan, adat dan budaya dan mungkin dapat mengesan asal usulnya di wilayah tertentu di China.
"Sudah tentu, budaya lain dari India dan penduduk pribumi dari Sabah dan Sarawak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap kebudayaan di Semenanjung dan sebaliknya. Kami berbangga dengan kepelbagaian ini yang telah berhasil dalam membolehkan kita berkembang," katanya.
Dr Mahathir juga mengambil peluang untuk mengucapkan banyak kemakmuran, kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan yang kekal kepada kedua-dua rakyat negara itu yang menyambut Tahun Baharu Cina, minggu ini.
"Semoga Tahun Tikus Logam ini melambangkan penegasan semula persahabatan dan kerjasama antara Malaysia-China serta satu langkah permulaan ke hadapan.
Dalam pada itu, Li Keqiang, dalam ucapannya yang disampaikan oleh Naib Menteri Pelancongan dan Kebudayaan China, Zhang Xu, berharap program Tahun Kebudayaan dan Pelancongan itu akan menjadi platform untuk mengembangkan pertukaran budaya dan kerjasama dalam bidang pelancongan.
Selain itu, katanya, ia juga menggalakkan lebih banyak lawatan antara rakyat dan rakyat.
"Kami berharap dapat teruskan persahabatan tradisional ini berdasarkan peningkatan persefahaman dan meletakkan asas sosial yang kukuh bagi perkongsian strategik secara menyeluruh untuk China-Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 19 2020
Mohamaddin (dua, kiri) bersama Zhang Xu (dua, kanan) merasmikan Majlis Opening Ceremony of Malaysia China Year of Culture and Tourism 2020 di Istana Budaya, 19 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.