Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dr Mahathir 'order' makan bantu penghantar makanan

Dr Mahathir 'order' makan bantu penghantar makanan
Menerusi kemaskini di laman Instagram miliknya, Dr Mahathir memuat naik rakaman video memaparkan beliau sedang menunggu penghantar makanan menghantar pesanannya di rumah.
SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.

Tidak terkecuali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut menggunakan perkhidmatan tersebut.

Menerusi kemas kini di laman Instagram miliknya, Dr Mahathir memuat naik rakaman video memaparkan beliau sedang menunggu penghantar makanan menghantar pesanannya di rumah.

Pada ruangan kapsyen, Ahli Parlimen Langkawi itu turut memuji pengorbanan dan khidmat penghantar makanan tersebut sepanjang tempoh PKP.
" Terima kasih Encik Alfatah hantar makanan yang saya pesan tadi. Khidmatnya cepat, cekap dan tertib sekali.

"‪Saya fikir ini salah satu cara yang saya boleh bantu untuk tingkatkan pendapatan mereka dalam pada kita patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan ini.‬ ‪Berhati-hatilah di jalanraya," katanya dalam entri tersebut, pada Selasa.
Pada masa sama, menerusi rakaman tersebut kelihatan Dr Mahathir sempat beramah mesra dengan pemuda berkenaan.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat tontonan melebihi 170,000‬ dan tanda suka sebanyak 40,000 pengguna Instagram.

Pengikut Dr Mahathir di laman Instagram juga turut memberikan respon yang positif.