awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman

Dr Mahathir tegaskan Modi tidak minta Zakir diekstradisi

Sinar Harian
Sinar Harian
17/09/2019
03:53 MYT
Dr Mahathir tegaskan Modi tidak minta Zakir diekstradisi
Zakir dikehendaki New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram. - Gambar fail
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tiada permintaan ekstradisi pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik diminta oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Jelas beliau, perkara itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan dengan pemimpin tersebut semasa Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5 di Vladivostok, Rusia baru-baru ini.
"Tidak banyak negara mahu dia (Zakir). Saya berjumpa dengan Modi. Dia tidak meminta untuk lelaki ini," katanya dalam temu bual dengan BFM's Breakfast Grille pagi ini.
Sebelum ini media India melaporkan bahawa Modi meminta Dr Mahathir mengambil langkah untuk mengekstradisi pendakwah kelahiran India itu yang dikehendaki New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, Zakir tidak lagi dibenarkan untuk bercakap secara terbuka berikutan ucapan peribadinya yang termasuk mengatakan bahawa orang Cina harus dihantar kembali ke China dan menuduh rakyat Malaysia yang beragama Hindu menjadi lebih setia kepada Modi.
"Dia bukan rakyat negara ini. Dia telah diberikan, saya fikir oleh kerajaan sebelumnya, status penduduk tetap.
"Seorang penduduk tetap tidak sepatutnya membuat sebarang komen mengenai sistem dan politik negara ini. Dia telah melanggarnya. Dia kini tidak dibenarkan bercakap," katanya.
Topic Berkaitan
#India
#keganasan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Narendra Modi
#Zakir Naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.