Tutup

Dr Mahathir tiba di Kuching untuk hadiri sambutan Hari Malaysia 2019

Dr Mahathir tiba di Kuching untuk hadiri sambutan Hari Malaysia 2019
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan orang ramai dan para pemimpin akar umbi sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri Sambutan Hari Malaysia. - Foto Berrnama
KUCHING: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia 2019, di sini, hari ini.

Pesawat membawa Perdana Menteri dan isteri dari Kuala Lumpur mendarat pukul 10.20 pagi dan disambut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Turut berada di lapangan terbang ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Jaul Samion.

Dr Mahathir turut dijadual menghadiri 'Jum Berambeh Bersatu' di Hotel Pullman, di sini sebelum bertolak ke Stadium Perpaduan untuk menghadiri sambutan dan menyampaikan amanat Hari Malaysia.
-- BERNAMA


Tag: Mahathir Mohamad, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Hari Malaysia, Malaysia, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Kuching, Abang Johari Tun Openg



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.