awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
Amaran ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga malam ini
Kompleks sukan akan dibina di Sungai Petani - Dr Mohammed Taufiq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM

Astro Awani
Astro Awani
24/08/2018
11:51 MYT
Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada PM
Dr Muhammed Abdul Khalid merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan. -Gambar: Facebook
Pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid dilantik Penasihat Ekonomi kepada Perdana Menteri berkuatkuasa 27 Ogos 2018.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Dr Muhammed merupakan pakar ekonomi yang berpengalaman selama lebih 20 tahun di dalam sektor ekonomi dan kewangan.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Penyelidikan di Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), Ketua Ekonomi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, dan Penganalisa Kanan di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Malaysia.
“Di samping itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penasihat Teknikal Kanan di Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia dan Ketua Sekretariat, Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Eminent Persons (CEP).
“Beliau juga pernah menjadi perunding untuk Bank Dunia, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), dan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk Asia dan Pasifik (UNESCAP),” kata kenyataan itu lagi.
Dr Muhammed merupakan Pengarah Urusan dan Ketua Ekonomi di DM Analytics Malaysia dan memegang Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD) (magna cum laude) daripada Institut d’études Politiques de Paris, (SciencesPo Paris), Perancis.
Beliau turut memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Muda Sains daripada Universiti Southern California, Los Angeles.
Topic Berkaitan
#Dr Muhammed Abdul Khalid
#Institut Penyelidikan Khazanah
#Pakar Ekonomi
#Penasihat Ekonomi Perdana Menteri
#Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan