Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dianugerah gelaran 'Ibu Negara' oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) di majlis Makan Malam Gala sempena sambutan Hari Wanita Kebangsaan di sebuah hotel terkemuka di sini, Rabu malam.
Pengerusi ASLI dan Pengasas Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah (JCF), Tan Sri Dr Jeffrey Cheah berkata anugerah itu adalah sebagai pengiktirafan kepada pengorbanan tidak terhingga Dr Siti Hasmah dalam memberi sokongan penuh kepada suaminya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjuangan Perdana Menteri membina negara.
"Beliau adalah ikon yang memberi inspirasi kepada kita semua untuk meraikan kepelbagaian kita sebagai sebuah negara yang berbilang budaya, berbilang kaum dan berbilang agama.
"Nilai dan karekter Tun Dr Siti Hasmah mencerminkan sikapnya yang baik dan penyayang, yang merupakan ciri-ciri utama kepimpinan sebenar. Beliau bermula dengan memecahkan tradisi dengan menjadi sebagai salah seorang doktor Melayu pertama di negara ini.
"Tun Dr Siti Hasmah turut meraih pengiktirafan global terhadap bantahan kerasnya kepada peperangan, dan juga rayuannya bagi mendapat simpati kemanusian bagi pihak yang benar-benar memerlukan," katanya dalam ucapan beliau di majlis itu.
Cheah berkata Dr Siti Hasmah berjaya memenangi kasih sayang, rasa hormat dan kekaguman semua rakyat Malaysia dengan pesona serta keanggunannya, dan juga kebijaksanaan dan ketenangannya.
Di majlis itu JCF turut melancarkan Biasiswa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk Seni Kreatif dan Muzik, dan menyumbang RM10 juta kepada dana itu.
Cheah menyampaikan anugerah itu kepada Dr Siti Hasmah dengan disaksikan oleh Dr Mahathir, dan juga Pengarah Bukan Eksekutif Bebas ASLI Tan Sri Razman Hashim.
Sementara itu Dr Siti Hasmah dalam ucapan ringkasnya merujuk kejayaan yang diraih itu kepada hasil sumbangan ibu bapa, abang serta kakaknya.
"Saya sebenarnya ingin berkongsi detik bermakna ini dengan arwah ibu bapa, abang dan kakak saya, kerana mereka mencorakkan diri saya seperti sekarang, benar-benar berharap mereka dapat melihat saya berdiri di sini menerima anugerah berprestij ini, pastinya ia sesuatu yang amat hebat bagi mereka..," katanya dalam nada yang penuh emosi.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Cheah yang mewujudkan biasiswa berkenaan.
"Usia bukan penghalang kepada sesiapa jua yang ingin belajar muzik, dan muzik adalah seni yang amat berharga kepada semua. Bagi saya mempelajari muzik adalah salah satu cara untuk anda mengurangkan stress," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 21 2019
Jeffrey menyampaikan anugerah 'Ibu Negara' kepada Dr Siti Hasmah. -Foto BERNAMA
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah bagi tiga hari berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 765 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 735 sen sekilogram.
AWANI Ringkas: Harga benih padi | Hilang kad pengenalan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
AWANI 7:45 [18/04/2024] – Empat letusan sehari | Setuju secara dasar | Misi ke Gaza | Kutipan cecah lebih RM1 juta
- Gunung Ruang meletus, Indonesia keluar amaran tertinggi, MetMalaysia pantau
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
- Kerajaan setuju peruntukan pembangkang, PN tengok syarat dulu
- Gaza Kami Datang, 19 aktivitis Malaysia berlepas ke Istanbul
- Sheriff ucap terima kasih, tayangan awal kutip RM1juta
Menara Merdeka 118 terima pensijilan LEED Platinum
PNBMV berkata pensijilan LEED mengiktiraf pematuhan projek itu selari dengan kriteria yang digariskan dalam sistem penarafan LEED.
Industri permainan video Malaysia dijangka catat hasil AS$649 juta tahun ini
Pencapaian dalam bidang ini memerlukan usaha bersepadu daripada semua pihak berkepentingan, dalam dan luar negara.
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
Pengurus kargo cederakan isteri dan anak, jalani hukuman penjara dua tahun
Hakim mengeluarkan waran penahanan terhadap Sritharan yang dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu rayuannya, untuk dibawa ke penjara.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
KPDNHEP tahan wanita jual produk tiruan dengan harga tinggi
Pemilik premis yang berusia 24 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah premis sekitar Wakaf Tengah kira-kira jam 10.30 pagi Rabu.
Polis siasat insiden 11 gereja dibakar
Selain itu beberapa helikopter yang diletakkan berhampiran gereja turut musnah dibakar dipercayai akibat perbuatan khianat.
Ekonomi Malaysia dijangka lebih baik pada separuh kedua 2016 - ASLI
Penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan meningkatkan keyakinan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan pinjaman lebih pantas.
1MDB: Saya akan beri sepenuh kerjasama kepada PAC - Lodin
Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan memberi sepenuh kerjasama kepada prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang akan bermula 19 Mei ini.
PAC perlu libat wakil antarabangsa dalam siasatan 1MDB - Ramon
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dinasihat untuk menggunakan pakar antarabangsa sebagai rujukan dalam prosiding siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 19 Mei ini.
ASEAN perlu beri fokus terhadap '4I' - Michael Yeoh
ASEAN perlu memberi fokus terhadap '4I' - infrastruktur, inovasi, pembangunan inklusif dan pelaburan - sebagai pemacu utama kemakmurannya pada masa akan datang, kata Tan Sri Michael Yeoh.
Henti beri lesen pembalakan untuk 25 tahun - Ibrahim Ali
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hari ini menyarankan agar pemberian lesen pembalakan dihentikan sekurang-kurangnya 25 tahun bagi mengelak banjir besar berulang.
Projek pembangunan luar bandar dilaksana secara holistik - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semua projek pembangunan luar bandar akan dilaksanakan secara holistik untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan bandar dan luar bandar.
Kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia - Najib
Najib beri jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan kekal komited terhadap falsafah 1Malaysia dan akan memastikan setiap warganegara ada tempat di bumi Malaysia.