Tutup

Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M

Dr Siti Hasmah sudah pulih, masih di hospital - Tun M
Menurut Dr Mahathir, isteri beliau, Dr Siti Hasmah semakin pulih daripada sakit, namun masih dirawat di hospital. - Gambar fail
HANOI: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menerima rawatan di Prince Court Medical Centre hari ini akibat keracunan makanan yang ringan sudah semakin pulih.

Berita itu dikongsi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang media di Hanoi, Vietnam bersama wartawan Malaysia sebentar tadi.

"Dia (Dr Siti Hasmah) sudah pulih, tapi masih di hospital. Balik ni (dari Hanoi) saya akan melawat," kata Dr Mahathir.

Pada Isnin, jurucakap Pejabat Perdana Menteri berkata, Dr Siti Hasmah agak kurang sihat dan sedang berehat.
"Dia kurang sihat, itu sahaja. Keracunan makanan yang ringan, sedang berehat," menurut jurucakap itu. 

BACA: Dr Siti Hasmah mengalami keracunan makanan yang ringan




Tag: Dr Siti Hasmah sudah pulih, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri Perdana Menteri, Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, Prince Court Medical Centre



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.