Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pembangunan Sumber Manusia Asia (HRD) pada majlis penyampaian Anugerah HRD Asia 2019 yang diadakan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya di sini malam tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan semasa majlis itu, anugerah tersebut ialah sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang Dr Siti Hasmah kepada pembangunan sektor kesihatan awam di Malaysia.
"Dr Siti Hasmah adalah perintis dalam pelbagai hal dan sering meraih kedudukan pertama dalam beberapa bidang di Kementerian Kesihatan. Beliau menerajui pelbagai jawatan kepimpinan termasuk Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Presiden Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia dan Presiden Persatuan Pemulihan Orang-Orang Cacat, " kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menambah bahawa usaha dan inisiatif Siti Hasmah secara berterusan tanpa mengenal erti penat dalam pemupukan kesedaran kesihatan awam dan kawalan penyalahgunaan dadah memang tidak dapat ditandingi.
"Dr Siti Hasmah adalah perintis dan model inspirasi bagi wanita di Malaysia dan di seluruh dunia.
"Dr Siti Hasmah tampil sebagai seorang yang telah memberi impak besar kepada negara dengan keberanian, ketabahan dan kekuatan dalam perwatakan," kata kenyataan itu.
Beliau yang menitiskan air mata pada akhir ucapan penerimaannya berkata pencapaiannya adalah disebabkan bapanya, Allahyarham Mohd Ali Taib, yang memaksanya memasuki sekolah perubatan dan meletakkannya berada pada kedudukan hari ini.
"Kalaulah boleh beliau dapat menyaksikan saya menerima anugerah pada malam ini," kata Dr Siti Hasmah.
Pada acara itu, para tetamu menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada Dr Siti Hasmah yang menyambut hari lahirnya yang ke-93 tahun pada Jumaat lepas (12 Julai).
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada individu yang menggalakkan usaha pembelajaran atau menerajui inisiatif yang memberi impak kepada rakyat dalam cara yang signifikan.
Penerima terdahulu anugerah tersebut termasuk bekas Presiden Republik Filipina, Fidel Ramos dan bekas Perdana Menteri Bosnia Dr Haris Silajdzic.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019
Dr Siti Hasmah menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup dari Pengerusi Komuniti Anugerah 2019 Fahmi Ali Al Jowder (kiri) dan Pengasas The Asia HRD Awards Tan Sri Dr R Palan (kanan) pada satu majlis di Cyberjaya, 16 Julai, 2019. --fotoBERNAMA
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan ulang tahun keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Datuk Lat terima Anugerah Cai Zhizhong Comic Prize
Datuk Lat bangga dengan pengiktirafan jawatankuasa anugerah itu yang melibatkan beberapa pengkarya terkenal daripada pelbagai cabang kesenian.
UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Tiga graduan cemerlang terima Anugerah Pingat Tunku
Mereka berjaya memberi impak positif daripada sudut kesukarelawanan, perancangan ekonomi, teknologi dan pembelaan hak serta suara siswa.
Pelajar SMAP Labu menang pertandingan penulisan esei Komanwel
Auni Batrisyia Mohd Azmani dianugerahkan Golden Awards bagi penulisan esei bertajuk 'The Valorous Age.'
Irmohizam terima anugerah CEO Champion (SME)
Datuk Seri Irmohizam Ibrahim, telah dianugerahkan dengan satu anugerah berprestij iaitu CEO Champion (SME) sempena Life at WorkAwards (LAWA) 2023.
Jasa 2 juruterbang pesawat terhempas di Elmina diiktiraf Pengakap Malaysia
Dua juruterbang yang terkorban nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lepas, mendapat Pingat Anugerah Presiden oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.
Nicol David, Sheikh Muszaphar terima Anugerah The Knights 2023
Anugerah The Knights 2023 bertujuan memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan usahawan.
Affendi Buang antara tiga rakyat Malaysia terima anugerah 'Order of Australia' 2023
Tiga rakyat Malaysia menerima penghormatan Order of Australia pada tahun ini atas sumbangan cemerlang mereka dalam mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Australia.
KP WHO dianugerah pingat Olimpik
Bach menyifatkan Ghebreyesus sebagai "saudara" atas bantuan nasihatnya semasa pandemik COVID-19 untuk menganjurkan Olimpik Tokyo pada 2021.
Mohamad Sabu terima anugerah "Medal of Spiritual Unity" di Rusia
Datuk Seri Mohamad Sabu dianugerahkan "Medal of Spiritual Unity" dalam lawatan kerjanya ke Rusia.