Tutup

Draf kaedah pembayaran hutang PTPTN dalam masa 6 bulan - Wan Saiful

Draf kaedah pembayaran hutang PTPTN dalam masa 6 bulan - Wan Saiful
WAN SAIFUL: Semua pandangan dan cadangan dari rakyat akan diambil kira untuk dianalisa bagi mendapatkan kaedah terbaik. - BERNAMA/Fail
DUNGUN: Draf baharu kaedah pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan disiapkan dalam tempoh enam bulan untuk dibentangkan ke Kabinet bagi mendapat kelulusan.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, PTPTN sedang mengadakan perjumpaan dengan pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan bagi mengumpul maklumat.
Menurutnya, langkah berkenaan adalah bagi memastikan pelaksanaan kaedah baharu itu lebih adil dengan mengambil kira kebajikan peminjam serta bebas dari sebarang polemik.

"Saya berterima kasih dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Kabinet baru-baru ini, yang mengambil keputusan untuk mengangguhkan pelaksanaan skim (Potongan Gaji Berjadual) tersebut. Ini membuka ruang untuk kita mengadakan engagement dengan stakeholders.
"Kita (PTPTN) sekarang sedang berjalan ke seluruh negara untuk berjumpa tokoh-tokoh masyarakat dan akar umbi untuk mendapatkan pandangan mereka. Bagaimana kita hendak perbaiki, bergantung kepada input yang diberikan," kata Wan Saiful ketika ditemui selepas program majlis penyampaian bantuan persekolahan di Dungun pada Sabtu.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua pandangan serta cadangan dari rakyat akan diambil kira untuk dianalisa bagi mendapatkan kaedah terbaik yang tidak membebankan mana-mana pihak.





Tag: ptptn, Wan Saiful Wan Jan, potongan gaji



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.