Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua anak perempuan suspek utama kes pembunuhan kejam sekurang-kurangnya empat mangsa di sebuah bengkel kenderaan di Tapah diletak di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Majistret Nurul Nadia Abdul Razak mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan JKM bagi melindungi dan menempatkan anak suspek yang berusia 11 tahun di JKM Kuala Kangsar dan 23 tahun di JKM Ipoh.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Som Sak Din Keliaw berkata JKM memohon perintah perlindungan itu selepas polis merujuk kedua-dua anak suspek kepada agensi berkenaan.

Beliau berkata suspek utama dan tiga lagi anggota keluarganya akan dibawa ke mahkamah esok pagi untuk tindakan lanjut susulan tempoh reman mereka berakhir esok (6 Nov).

Katanya, polis akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

FOTO: Pembunuhan sadis di Tapah

BACA: Apa dilakukan suspek seperti binatang - Abang Mangsa

BACA: Polis temui gigi dan serpihan tulang dipercayai milik mangsa