awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan masjid di Nigeria ragut tujuh nyawa
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak dikhuatiri hilang di laut

Bernama
Bernama
13/12/2019
13:18 MYT
Dua beranak dikhuatiri hilang di laut
Dua beranak dikhuatiri hilang di laut sejak semalam, selepas bot yang dinaiki mereka rosak kira-kira 8.2 batu nautika dari Tanjung Gelang.
Dua beranak dikhuatiri hilang di laut sejak semalam, selepas didakwa mengadu enjin bot fiber yang dinaiki mereka rosak kira-kira 8.2 batu nautika dari Tanjung Gelang di sini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Laksamana Pertama Maritim Amran Daud menerusi kenyataan media di sini hari ini, berkata mereka ialah Mat Yasin Sulong, 67, dan anaknya Shaharul Nizam, 44, yang kali terakhir dapat dihubungi pada malam tadi.
Mereka didakwa menghubungi ahli keluarga sekitar 4 petang semalam, untuk meminta bantuan kerana enjin bot rosak, menyebabkan salah seorang anggota keluarga mangsa terus membuat laporan polis.
"Kita telah mengarahkan supaya aset APMM yang berhampiran untuk ke lokasi yang diberikan mangsa, namun keadaan laut yang bergelora menyebabkan bot terpaksa berlindung.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada 9.30 malam tadi selepas mangsa gagal dihubungi dipercayai kerana telefon bimbit mangsa telah kehabisan bateri," katanya.
Amran berkata setakat ini, SAR melibatkan penggunaan aset udara APMM, selain kapal dan bot daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Marin serta dibantu nelayan tempatan.
Beliau juga memberi jaminan SAR akan diteruskan sehingga nelayan terlibat ditemui, walaupun keadaan laut yang agak teruk pada hari ini.
"Kami juga meminta nelayan untuk peka dengan perubahan cuaca dan sentiasa memakai jaket keselamatan setiap kali ke laut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.
Amran berkata mereka yang mempunyai masalah semasa berada di laut boleh menghubungi terus Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang yang beroperasi 24 jam di talian 09-5717345 atau melalui MERS 999.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#APMM Pahang
#bot rosak
#dua beranak hilang di laut
#Mat Yasin Sulong
#Shaharul Nizam
#Tanjung Gelang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan