awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
Gaza perlukan 200,000 unit rumah pasang siap penuhi keperluan kemanusiaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak maut dalam kemalangan di Baling

Sinar Harian
Sinar Harian
14/06/2018
14:30 MYT
Dua beranak maut dalam kemalangan di Baling
Mangsa maut dalam kemalangan di Kampung Tiak, Jalan Baru Kulim- Baling- Gerik, petang tadi. -Foto Sinar Harian
Dua beranak antara empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Tiak, Jalan Baru Kulim-Baling-Gerik, petang tadi.
Mangsa maut ialah pemandu dan penumpang hadapan kereta Jenis Vios iaitu Norazizee Kamarudin,34, beralamat Bandar Seremban Selatan Negeri Sembilan dan anaknya, Mohammad Ammar Norazizee,4, beralamat Kampung Seberang Ketil, Kupang.
Manakala dua lagi maut ialah penunggang motosikal, Fakhrul Razi Khalit ,17 , dan penumpang, Muhammad Izahar Rosli,17, dari Felda Bersia, Gerik, Perak.
Ketua Polis Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis daerah ( IPD) Baling menerima panggilan awam berhubung kejadian pada jam 3.15 petang.
Menurutnya, siasatan mendapati kereta Toyota Vios dari arah Gerik ke Kulim mengelak sebuah kereta lain dalam keadaan berhenti di hadapan.
"Kereta di hadapan berhenti untuk masuk ke simpang mini tar di sebelah hadapan kanan jalan.
"Kereta Toyota Vios telah mengelak ke kiri jalan dan berpusing sebelum terbabas ke kanan jalan. Dalam masa sama, sebuah motosikal dari arah bertentangan iaitu Kulim menghala Gerik telah melanggar bahagian sisi kereta berkenaan," katanya
Beliau berkata, pemandu dan penumpang hadapan kereta serta pemandu dan pembonceng motosikal meninggal dunia di tempat kejadian.
"Penumpang belakang kereta sebelah kiri parah dan dihantar ke Hospital Baling manakala penumpang sebelah kanan tidak mengalami apa-apa kecederaan," katanya.
Tambahnya, empat mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Sultan Abdul Halim Sungai Petani bagi bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Fakhrul Razi Khalit
#Kampung Tiak
#kemalangan
#meninggal dunia
#Mohammad Ammar Norazizee
#Norazizee Kamarudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan