awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua blok kayu SK Sentosa musnah terbakar

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
23/02/2018
09:11 MYT
Dua blok kayu SK Sentosa musnah terbakar
Bangunan kayu SK Sentosa musnah 100 peratus akibat kebakaran. - Foto ihsan JBPM Sabah
Dua blok bangunan kayu Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa di sini musnah dalam kebakaran di sini tengah hari ini.
Kebakaran yang bermula pada pukul 12.15 tengah hari itu memusnahkan dewan mini, bilik agama Islam, bilik skim pinjaman buku teks, bilik guru, serta beberapa kelas Tahun Satu hingga Tiga.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudi Delamin berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.28 tengah hari sebelum menghantar sepasukan 19 anggota bersama empat jentera yang tiba di lokasi 12 minit kemudian.
Bangunan kayu SK Sentosa musnah 100 peratus akibat kebakaran. - Foto ihsan JBPM Sabah
Bangunan kayu SK Sentosa musnah 100 peratus akibat kebakaran. - Foto ihsan JBPM Sabah
Menurut beliau api berjaya dikawal pada pukul 1.07 petang dan pasukan penyelamat juga berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke sebuah lagi bangunan kayu sekolah berkenaan.
"Tiada murid atau guru dilaporkan cedera kerana ketika kejadian sebahagian besar mereka sudah pulang selepas sesi persekolahan berakhir pada pukul 11.20 pagi," katanya di sini hari ini.
Sekolah berkenaan mempunyai 139 murid, 23 guru serta tiga kakitangan bukan mengajar.
Punca kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau berusaha memadam kebakaran SK Sentosa di sini. - Foto JBPM Tawau
Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau berusaha memadam kebakaran SK Sentosa di sini. - Foto JBPM Tawau
Topic Berkaitan
#bangunan kayu
#Batu 4
#guru
#kebakaran
#murid
#sekolah
#Sharudi Delamin
#SK Sentosa
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan