Dua warga tempatan mengalami kecederaan dalam insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata kedua-dua mangsa berkenaan ketika ini dirawat di Pusat Kecemasan Perubatan Rapid Pengerang sebagai pesakit luar.

“Pihak kami menerima laporan pada 1.20 pagi berhubung insiden kebakaran kecil berlaku di salah satu lot tapak projek.

“Pasukan Emergency Respon Team (ERT) Petronas Rapid Pengerang telah diaktifkan ke lokasi kejadian melibatkan lima kenderaan Bomba dengan kekuatan 30 anggota dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 2.15 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Mengulas lanjut, Ahsmon berkata siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian akan dilakukan bersama Jawatankuasa Keselamatan Dan Sosial (JAKSAS) Negeri Johor, Jawatankuasa Bencana Peringkat Daerah dan pihak Pengurusan keselamatan Petronas Rapid Pengerang.

BACA: Petronas sahkan letupan, kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang

BACA: Letupan, kebakaran besar di Rapid Pengerang?