Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua hektar kawasan Bukit Tunjong dan Bukit Temiang terbakar

Dua hektar kawasan Bukit Tunjong dan Bukit Temiang terbakar
Sebanyak 24 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar ditugaskan untuk memadam kebakaran. - Astro AWANI
PADANG BESAR: Lebih dua hektar kawasan hutan dan kebun di antara Bukit Tunjong dan Bukit Temiang yang terbakar mulai 4 petang semalam berjaya dikawal dan dipadamkan kira-kira 12 tengah malam tadi.

Komander (Operasi) daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kangar Mohd Faizal Abu Shahid berkata api marak begitu cepat berikutan angin kuat dan cuaca kering yang menyukarkan kerja memadamkan kebakaran itu.
"Kami terpaksa menggunakan 'water spray' dan 'fire beater' kerana tekanan air yang rendah dan jauh dari pili bomba," katanya kepada media di sini, malam tadi.

Mohd Faizal berkata sebanyak 24 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kangar dan Balai Bomba dan Penyelamat Padang Besar ditugaskan untuk memadam kebakaran dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.
Sementara itu, pemilik kebun buah-buahan di Bukit Tunjong, Ong Beng Guan, 67, berkata dia hanya menyedari sebahagian daripada kebunnya yang seluas kira-kira 3.2 hektar terbakar pada 8 malam setelah dimaklumkan oleh penduduk kampung.

"Ini adalah kali kedua kebun buah-buahan saya terbakar, kejadian pertama pada tahun lepas... saya bercadang untuk memasang paip air dan penyembur air bagi mencegah kebakaran pada masa depan," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung yang sudi membantunya serta pihak bomba.

-- BERNAMA