awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua janda mengaku khalwat?

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2018
07:47 MYT
Dua janda mengaku khalwat?
Pasangan yang berusia 38 dan 42 tahun turut berdepan hukuman tiga minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan. - Gambar fail
Sepasang kekasih yang masing-masing berstatus duda dan janda dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana berkhalwat.
Bukan itu sahaja, pasangan itu yang berusia 38 dan 42 tahun turut berdepan hukuman tiga minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.
Keputusan dibuat Hakim Mohd Fakhruddin Yusof selepas kedua-duanya mengaku salah berkhalwat di sebuah rumah di Batu Rakit, Kuala Nerus, kira-kira jam 12.40 tengah malam, pada 15 Mac lalu.
Dengan itu, mereka mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) ( Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.
Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah selepas menerima maklumat awam adanya aktiviti tidak sihat di lokasi tersebut.
Semasa tiba di hadapan pintu utama, didapati ianya tertutup rapat sebelum dibuka oleh seorang perempuan selepas beberapa kali diketuk dan diberi salam beberapa kali.
Pemeriksaan lanjut mendapati seorang lelaki sedang bersembunyi di sebalik pintu bilik, dalam keadaan hanya bertuala.
Turut bersama di dalam bilik tersebut, seorang kanak-kanak sedang tidur yang juga anak kepada perempuan tersebut sebelum siasatan seterusnya mendapati mereka tiada hubungan suami isteri sah ataupun mahram.
Di mahkamah sama, seorang janda bersama pasangannya yang bekerja sebagai pembancuh air dikenakan denda RM2,500 atau dua minggu penjara sekiranya gagal menjelaskan denda juga kerana kesalahan berkhalwat.
Mohd Fakhruddin membuat keputusan itu selepas janda berusia 36 tahun dan pasangannya yang berusia 21 tahun itu mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.
Pasangan itu mengaku salah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Kesom, Manir, di sini, kira-kira jam 11.40 malam, pada 14 Mac lalu.
Mengikut fakta kes, pemeriksaan di lakukan di rumah terbabit sebelum menjumpai pasangan itu di dalam bilik pertama manakala pemeriksaan ke atas bilik kedua menjumpai seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur.
Siasatan mendapati mereka bukan pasangan suami isteri yang sah atau mahram manakala kanak-kanak lelaki itu merupakan anak kepada wanita terbabit.
Pendakwaan kesemua kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.
Topic Berkaitan
#denda
#jenayah
#khalwat
#mahkamah
#Mahkamah Syariah Kuala Terengganu
#Mohd Fakhruddin Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan