awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
15/06/2017
08:45 MYT
Dua juruterbang pesawat TUDM Hawk 108 disahkan meninggal dunia
Kedua-dua juruterbang yang meninggal dunia sewaktu kejadian. - Sumber foto TUDM
Dua juruterbang pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 yang dikhuatiri hilang sebelum ini, disahkan meninggal dunia.
Kedua juruterbang tersebut dikenal pasti sebagai Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31.
Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang yang mengesahkan perkara itu berkata tragedi itu berlaku ekoran pesawat tersebut terlibat dalam kemalangan.
Kedua-dua mereka ditemui pada 2.30 petang tadi di kawasan berpaya di Chukai, Kemaman, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan.
Mereka ditemukan memakai payung terjun menunjukkan mereka sempat melenting keluar daripada pesawat
"Mayat mereka ditemui dalam jarak 20 meter antara satu sama lain. Bagaimanapun, setakat ini pesawat masih belum ditemui dan kerja-kerja mencari masih dijalankan," katanya pada sidang media di Pangkalan TUDM di sini, hari ini.
Affendi berkata kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang berkhidmat dalam No 6 Skuadron Pangkalan TUDM Labuan, Sabah sedang menjalani latihan penerbangan dan dijadualkan mendarat di Pangkalan TUDM Kuantan petang tadi selepas berlepas pada 11 pagi.
MESTI BACA: Kronologi nahas pesawat TUDM sejak 1991
BACA: Hishammuddin mahu punca nahas disiasat segera
Grafik Astro AWANI
Grafik Astro AWANI
Jenazah kedua-dua juruterbang itu kini sedang di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, Pahang.
Keluarga Yazmi dan Hasri yang masing-masing berada di Kuantan dan Labuan sudah dimaklumkan akan nahas itu.
Allahyarham Yazmi mempunyai enam anak manakala Hasri merupakan bapa kepada seorang anak.
Astro AWANI difahamkan Yazmi yang berasal dari Kuala Lumpur menjadi pengajar untuk lebih enam tahun dan berkhidmat dengan TUDM selama 19 tahun.
Mejar Asri pula sudah berkhidmat sebagai juruterbang operasi selama 13 tahun.
Sebelum itu, TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah pesawat Tentera Udara Malaysia (TUDM) Hawk 108 dikhuatiri hilang di utara Kuantan dan di persempadanan Terengganu dari Pahang jam 11.30 pagi tadi.
Kenyataan tersebut turut menyebut pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan 30 minit selepas itu.
Topic Berkaitan
#Hawk 108
#TUDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan