Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Dua juta topeng muka tiba di Sarawak, tumpuan agihan kepada zon merah

Dua juta topeng muka tiba di Sarawak, tumpuan agihan kepada zon merah
Bagaimanapun pengagihan topeng muka itu akan memfokuskan kepada mereka yang menetap di kawasan Zon Merah. FOTO: BERNAMA
KUCHING: Dua juta topeng muka yang ditempah dari China sudah tiba di Kuching dan sedia untuk diagihkan kepada warga Bumi Kenyalang oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, bagaimanapun pengagihan topeng muka itu akan memfokuskan kepada mereka yang menetap di kawasan zon merah.
“Topeng muka berkenaan akan diagihkan secara percuma kepada 520,647 Ketua Isi Rumah (KIR) di semua bahagian dan daerah dengan keutamaan kepada zon merah,” jelasnya Abang Johari.

BACA: Sarawak perhebat kawalan sempadan termasuk laluan tikus di Long Singut
Sementara itu beliau mengulangi pendirian kerajaan negeri dalam memberikan kebenaran pulang kepada semua mahasiswa yang menuntut di luar Sarawak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Jika PKP ini dilanjutkan, para mahasiswa dibenarkan untuk pulang sendiri ke Sarawak tetapi perlu jalani kuarantin selama 14 hari,” tambahnya.