Tutup

Dua kanak-kanak warganegara China dikuarantin di Langkawi

Dua kanak-kanak warganegara China dikuarantin di Langkawi
Dua kanak-kanak perempuan dari Guangdong, China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pada Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak perempuan dari Guangdong, China dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi pada Ahad.

Ia selepas kedua-dua kanak-kanak terbabit yang masing-masing berusia dua dan empat tahun itu mempunyai simptom disyaki wabak koronavirus (nCoV).

Menurut sumber, kanak-kanak terbabit bersama ibu bapa mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Isnin lalu, sebelum ke Langkawi pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dikatakan menunjukkan tanda kurang sihat serta demam dan batuk sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha.
Difahamkan, sampel keluarga berkenaan telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk diuji.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hanya empat kes positif koronavirus di negara ini membabitkan rakyat China dari Wuhan.



Tag: Kuala Lumpur, Hospital, KLIA, China, Langkawi, Kanak-kanak, Kuarantin



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.