awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kawasan pantai di Labuan diancam hakisan tahap kritikal

Bernama
Bernama
28/06/2020
12:33 MYT
Dua kawasan pantai di Labuan diancam hakisan tahap kritikal
Dr Fary Akmal Osman (kiri) dan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan Juniaddi Awang Tuah (kanan) ketika lawatan kerja mengenal pasti kawasan yang mengalami hakisan pantai di Kampung Sungai Miri pada Ahad. - Bernama
Kerja-kerja menambak pantai dua kawasan yang kini berada dalam situasi hakisan yang kritikal di sini akan bermula awal tahun depan sebaik kontraktor dilantik melalui proses tender, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman.
Katanya, dua kawasan pantai berkenaan iaitu Pantai Sungai Pagar (berhampiran Terminal Minyak Mentah Labuan - LCOT) dan Pantai Kampung Sungai Miri yang menjadi tumpuan pelancong serta penduduk setempat untuk menyaksikan matahari terbenam.
"Hakisan semula jadi di kedua-dua pantai sangat kritikal. Usaha untuk melindungi kawasan pantai ini perlu dilakukan segera. Sembilan pantai yang lain juga akan terus dipantau," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan pantai berkenaan, yang turut disertai pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada Ahad.
Kawasan di kedua-dua pantai dikenali sebagai Pantai United Nation (Pantai UN'08) selepas ia menerima Anugerah Pantai Bersih daripada Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu melalui kempen Bengkel dan Pembersihan Sampah Laut COBSEA ke-2 yang diadakan pada tahun 2008.
Selain itu, katanya, kerja-kerja tebatan banjir juga akan dilakukan di beberapa sungai di pulau itu untuk mencegah banjir kilat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#minyak
#Miri
#Pantai Sungai Pagar
#pelancong
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan