Tutup

Dua kedai musnah dalam kebakaran awal pagi

Dua kedai musnah dalam kebakaran awal pagi
Dua buah kedai hangus dijilat api selepas terlibat dengan kebakaran yang berlaku di Jalan Persiaran Mewah, Bandar Tun Razak, ibu negara, awal pagi ini.
KUALA LUMPUR: Dua buah kedai hangus dijilat api selepas terlibat dengan kebakaran yang berlaku di Jalan Persiaran Mewah, Bandar Tun Razak, ibu negara, awal pagi ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.50 pagi.

“Seramai 50 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, Jalan Hang Tuah, Cheras, Sungai Besi, Sri Petaling dan Sentul dengan empat jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pada 12.54 pagi, bomba mendapati kebakaran melibatkan dua buah kedai iaitu perabot dan serbaneka,” katanya.
Menurut kenyataan itu, keluasan kebakaran adalah kira-kira 14,000 kaki persegi dan api berjaya dikawal pada 1.47 pagi.

“Kemusnahan dianggarkan sebanyak 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkankan.
“Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya.