Polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai menyamun rokok dengan memakai topeng dan bersenjatakan parang, di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Komersial Waterfront, Sungai Siput Utara dekat sini, pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.40 pagi dan segera ke lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, dua suspek berusia lingkungan antara 20 hingga 30 tahun itu masing-masing yang mengenakan topeng 'halloween', memasuki ke dalam kedai berkenaan dengan membawa parang, lalu merampas kotak-kotak rokok yang diletakkan di bahagian kaunter juruwang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam tadi.
Beliau berkata ketika kejadian, terdapat seorang juruwang wanita berada di kaunter bayaran, manakala seorang lagi pekerja berada di dalam tandas.
Katanya kedua-dua suspek dipercayai melarikan kesemua kotak rokok pelbagai jenis bernilai RM2,000, dengan menaiki motosikal sebaik menyedari kehadiran orang awam.
Mohd Khaizam berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun berkawan bersenjatakan parang.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian dalam kedai serbaneka berdurasi 37 saat itu, menunjukkan dua suspek bertopeng dan mengacukan parang pada juruwang wanita, sambil merampas kotak-kotak rokok yang diletakkan pada bahagian belakang kaunter bayaran itu, mula tular di laman sosial sejak beberapa hari lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2019
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun bersenjatakan parang.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
COVID-19: Sabah rekod empat lagi kluster baharu libatkan tempat kerja, komuniti
Sabah merekodkan empat lagi kluster baharu COVID-19, dengan tiga daripadanya melibatkan penularan jangkitan di tempat kerja manakala satu jangkitan komuniti.
Gara-gara disuruh pakai pelitup muka, lelaki tembak mati juruwang
Seorang juruwang maut dalam kejadian tembakan susulan pertengkaran yang berlaku di sebuah kedai runcit di Georgia, Amerika Syarikat.
Tampar juruwang hamil, pemandu lori ais didenda RM1,500
Tertuduh Izuandy Efendi yang juga seorang pemandu lori ais telah dibebaskan selepas selesai membayar denda tersebut.
Tampar wanita hamil, pemandu lori ais ditahan
Seorang pemandu lori ais ditahan susulan insiden menampar seorang wanita hamil di sebuah kedai serbaneka yang tular di laman sosial sejak Selasa.
Juruwang didakwa salah guna wang pelanggan RM45,000
Tertuduh Nurul Hazariah Abdul Latif, 28, memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.
Dua lelaki bertopeng, berparang samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek yang mengenakan topeng 'halloween' merampas kotak-kotak rokok sebelum melarikan diri menaiki motosikal.
Lelaki bebas tuduhan bunuh kerana tidak waras
Hakim Datuk Abdul Halim Aman bagaimanapun memerintahkan Yip Chun Hoong, 33, dihantar menjalani rawatan pemulihan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.