awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki leka curi durian ditangkap orang kampung

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/06/2020
21:01 MYT
Dua lelaki leka curi durian ditangkap orang kampung
Kedua-dua suspek yang mengaku mencuri buah durian di dusun pengadu dibawa ke Balai Polis Changkat Jering bersama barang kes. - Foto PDRM
Dua lelaki yang sedang leka mencuri durian daripada sebuah dusun di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, dekat sini, berjaya diberkas awal pagi Sabtu.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat berkata, suspek ditangkap pemilik dusun dan penduduk kampung, kira-kira jam 3 pagi.
Menurutnya, ketika kejadian, pemilik dusun dan dua rakannya ternampak suspek sedang memasukkan durian ke dalam kenderaan pacuan empat roda.
“Pengadu bersama kawan telah menangkap suspek dan menjumpai satu raga yang mengandungi buah durian lebih kurang 30 biji di atas but kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati pengadu memiliki dusun durian kira-kira 4.5 hektar (10 ekar) yang tidak berpagar.
Katanya, kedua-dua suspek yang mengaku mencuri buah durian di dusun pengadu dibawa ke Balai Polis Changkat Jering bersama barang kes.
Mereka direman tiga hari sehingga 16 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#curi
#curi durian
#Dusun
#kampung berchat
#kebun durian
#lubuk gajah
#Osman Mamat
#pacuan empat roda
#polis
#reman
#Taiping
#tidak berpagar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan