Polis menahan dua lelaki dan merampas dua laras senapang angin buatan sendiri serta 2,000 peluru senapang angin dalam satu serbuan di sebuah stor di Kampung Berapit, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menyerbu stor pada jam 12.30 tengah hari Ahad dan menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun.
Hasil pemeriksaan polis turut menemui dadah jenis methamphetamine.
Nik Ros Azhan berkata, pihaknya percaya senjata itu digunakan untuk kegiatan jenayah namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Polis percaya kedua-dua lelaki yang bekerja sebagai buruh itu mempunyai kepakaran untuk membuat senapang angin.
Dalam pada itu, pihaknya masih menyiasat sama ada ia turut dijual kepada pembeli lain.
Nik Ros Azhan berkata kedua-dua lelaki tempatan itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan positif dadah ketika diberkas.
Kedua-duanya kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Bahaya( ADB) 1952, Sek 15(1)(a) Akta Dadah Bahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Astro Awani
Mon Apr 15 2019
Polis percaya kedua-dua lelaki yang bekerja sebagai buruh itu mempunyai kepakaran untuk membuat senapang angin. - Foto PDRM
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Seret anjing betina guna rantai, lelaki dipenjara sehari dan denda RM12,000
Seorang penjaja dipenjara sehari dan didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menyeret seekor anjing betina menggunakan rantai.
Orang ramai 'serbu' Jualan Termurah Madani
Orang ramai mula membanjiri Lembah Makanan, Perda di Bukit Mertajam sempena Jualan Termurah Madani.
10,000 maklum balas diterima melalui portal Belanjawan 2024
Kementerian Kewangan menerima 10,000 maklum balas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.
Polis tahan remaja lelaki 13 tahun pandu kereta tanpa lesen
Seorang ramaja lelaki berusia 13 tahun sempat memandu sebuah kereta sejauh empat kilometer sebelum dia dan rakannya ditahan polis, kelmarin.
Polis sita 25 motosikal dalam Op Samseng Jalanan
Polis menyita 25 motosikal dan mengeluarkan 115 saman dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Bukit Mertajam, malam tadi.
Parti liar: 11 warga asing termasuk 7 wanita berpesta dadah diberkas
Keasyikan sekumpulan warga asing berpesta dadah di sebuah kondominium di Bukit Tengah, Bukit Mertajam terbantut selepas premis berkenaan diserbu polis.
Gudang diserbu, KDN rampas alat permainan seks RM1.1 juta
KDN menyerbu gudang penyimpanan alat permainan seks di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merampas pelbagai alat permainan berkenaan berjumlah RM1.1 juta.
Lebih 1,900 al-Quran tiada kelulusan KDN dirampas di Bukit Mertajam
Kitab-kitab suci yang dirampas itu dibimbangi kandungannya menyalahi sama ada dari segi ayat dan baris.
Warga emas buntu rumah rosak jiran didakwa bina rumah terlalu hampir
Katanya, rumah yang masih dalam pembinaan itu mengganggu struktur rumahnya dan dia kini semakin bimbang dengan keselamatan dirinya.
Banjir di beberapa kawasan di Pulau Pinang, 3 PPS dibuka
Mangsa tinggal seorang diri dan dikatakan terperangkap di dalam rumah ketika api sedang marak dan tidak sempat menyelamatkan diri.