awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dalam kemalangan di LPT1

Bernama
Bernama
17/07/2018
20:37 MYT
Dua maut dalam kemalangan di LPT1
Kemalangan jam 8 malam itu melibatkan sebuah treler, Perodua Myvi, Proton Saga dan sebuah SUV Toyota Fortuner. - Gambar hiasan
Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM132.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah barat berhampiran Temerloh malam tadi.
Timbalan Pengarah Bomba Pahang, Mohd Sani Harul berkata kemalangan berlaku lebih kurang jam 8 malam itu melibatkan sebuah treler, Perodua Myvi, Proton Saga dan sebuah SUV Toyota Fortuner dari arah yang sama.
Mangsa yang maut ialah penumpang Myvi, Nur Rashila Rosdan, 22 tahun, beralamat di Sungai Parit Pasir Panjang Laut, Sitiawan, Perak dan pemandu Toyota Fortuner, Low Kim Boon, 65, dari Taman Bukit Istana, Kuantan.
"Mangsa yang cedera ialah penumpang dan pemandu kereta Proton Saga iaitu seorang lelaki dan tiga wanita dewasa. Bagaimanapun pemandu dan pembantu treler tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Identiti mangsa yang cedera sehingga kini masih belum diperoleh.
"Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk dibedah siasat," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Lebuhraya Pantai Timur
#LPT
#Perodua Myvi
#Proton Saga
#temerloh
#Toyota Fortuner
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan