awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MINDEF perkukuh tatacara dan tatakelola, tutup ruang rasuah, salah guna kuasa
'Black Maria' bawa OKT terbalik
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dipanah petir ketika ribut di Sik

Bernama
Bernama
07/04/2020
14:39 MYT
Dua maut dipanah petir ketika ribut di Sik
Mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat, manakala siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dijalankan. - PDRM
Dua lelaki maut dipanah petir, ketika cuaca ribut dalam kejadian di bangsal rehat di hadapan sebuah rumah, di Kampung Hujung Bechah, Sik pada 5.30 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdul Razak Osman dalam satu kenyataan ringkas malam ini memaklumkan, mangsa Idrus Ahmad, 35, dan Mohd Zulkefli Kasim, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Semasa hujan lebat dan ribut petir, kedua-dua mangsa yang berada di tempat kejadian telah terkena panahan petir. Siasatan awal kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian," katanya.
Abdul Razak berkata, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat, manakala siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dijalankan.
Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik mendapat maklumat mengenai kejadian ribut di daerah itu, yang berlaku antara 5.30 petang hingga 6.15 petang tadi.
Katanya, ribut yang melanda di beberapa kawasan di daerah itu menyebabkan kerosakan kepada rumah penduduk dan bangunan lain selain menyebabkan pokok tumbang, namun pihaknya belum memperoleh maklumat terperinci jumlah rumah yang terlibat.
"APM Sik menerima beberapa panggilan dari sekitar daerah Sik berhubung kejadian pokok tumbang yang kena rumah penduduk, di Kampung Tanjong Kampung Sena dan Beris Jaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#kampung hujung bechah
#Kedah
#mangsa disambar petir
#polis
#ribut
#sambar petir
#sik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan