awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2020
03:43 MYT
Dua maut dipercayai dirempuh pemandu mabuk
Kereta Toyota Vios yang dipandu wanita dipercayai mabuk itu telah melanggar bahagian belakang motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa. Foto PDRM
Dua lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu seorang wanita yang disyaki mabuk.
Kejadian berlaku di Kilometer 13.0 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) arah Sungai Dua kira-kira jam 2.40 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noor Zainy Mohd Noor berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21 tahun, dan rakannya Muhammad Amin Najmi Azaman, 19 tahun.
Kedua-dua mangsa beralamat di Kampung Paya Keladi Hujung, Kepala Batas.
Foto PDRM
Foto PDRM
Mengulas lanjut, Noor Zainy berkata, kejadian berlaku ketika kereta yang dipandu seorang wanita sedang dalam perjalanan dari sebuah pusat hiburan di Jalan Raja Uda, Butterworth, untuk pulang ke rumah ibunya di Kepala Batas.
Setiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Vios berwarna putih yang dipandunya itu telah melanggar bahagian belakang motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.
Perlanggaran menyebabkan penunggang dan pembonceng motosikal itu terjatuh ke atas jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Motosikal jenis Yamaha 125 ZR milik mangsa turut terbakar.
Foto PDRM
Foto PDRM
Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
Menurut Noor Zainy, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan mabuk hingga mengakibatkan kematian.
Katanya, pemandu wanita berusia 47 tahun itu akan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Topic Berkaitan
#kematian
#Kepala Batas
#kereta
#mangsa
#mayat
#meninggal dunia
#Noor Zainy Mohd Noor
#pemandu mabuk
#reman
#rempuh
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan